Quantcast
Channel: Salam Sejahtera
Viewing all 299 articles
Browse latest View live

KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI MARA (KKTM) KEMAMAN BANTU PERIKSA KENDERAAN MANGSA BANJIR

$
0
0

alhamdulillah. bantuan yang sangat diperlukan oleh mangsa banjir yang mengalami kerosakkan kenderaan akibat banjir yang melanda...


bagus la menteri komunikasi dan multimedia, datuk seri ahmad shabery cheek berkata, pemeriksaan akan dijalankan oleh pelatih dari Institut Kemahiran Mara (IKM) dan beberapa pusat kemahiran lain.


selamat berbakti warga institut kemahiran mara.



MEGGIE KETAM DI MANIR

$
0
0

jom makan meggie ketam ... sangat sedap ... hingga menjilat ibu jari kaki ... x percaya, boleh cuba dulu laaaaaaaaa ... ha ha ... 


POWERBANK SMARTPHONE 30000MAH TERBAIK DAN MURAH

$
0
0

Salam semua rakan pembaca sekalian ... x lama lagi tahun baru akan muncul dan tahun 2013 akan mengundurkan dirinya ....


Oleh itu, sudahkan anda memilik POWERBANK SMARTPHONE 30000MAH yang BERKUALITI DAN HARGA MAMPU MILIK ??? RM85 SAHAJA TERMASUK POS LAJU ...


KALAU X ADA LAGI ... BOLEH TEMPAH DENGAN SAYA ... SILA WHATSSAPP KEPADA SAYA 0196134303 DAN DI RUANGAN FACEBOOK ... HEHE


OK SEKIAN , BERHATI- HATI SENTIASA BAWA KERETA TU ...

MENU PROMOSI DI CAFE BARU YANG MURAH DAN SEDAP

$
0
0

Hai .. mari kita cuba makanan di kafe baru ... dengar cerita boleh ambik lauk sebanyak mana yang nak .. ha ha

Alhamdulillah .. kenyang wow .. ayam 4 ketul + nasi + sayur + air tea o ais cuma berharga rm5.00 ... harga promosi untuk bagi test menu menu yang ada kat kafe ni kot .. hehe .. sedap wow ...

ISU HARD ROCK CAFE DI PUTRAJAYA

$
0
0

Alhamdulillah .. baru saja terbaca di facebook pihak yang berkenaan menyatakan bahawa tiada pembinaan pusat penjualan arak dan hard rock cafe di Putrajaya setelah mendapat reaksi yang kurang baik daripada seluruh rakyat di negara ini ..

Hal ini demi menjaga kesucian imej Putrajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan.. Alhamdulillah

CARA UNTUK MENJIMATKAN PENGGUNAAN TENAGA ELETRIK DI RUMAH

$
0
0

Terjumpa satu tips yang dikongsikan oleh seorang staff TNB tentang cara untuk menjimatkan penggunaan eletrik di rumah..

Cara yang diterangkan tu bolehlah rujuk pada gambar di bawah ni ... semoga tips yang dikongsikan ini menjadi amalan dalam kehidupan anda. Selamat Maju Jaya !

★★★★ MEMBAZIR ITU AMALAN SYAITAN ★★★★

ROKOK BARU JENAMA KANGKUNG

$
0
0

Haha ... entah hape hape duk ulang kangkung kangkung ... ni tengok gambar rokok jenama kangkung .. burger cap kangkung ada jugak tapi kat facebook la ... ha ha

JERSI TERKINI PASUKAN BOLA SEPAK THE RED WARRIOR 2014

$
0
0

Alhamdulillah, secara rasminya jersi yang ditunggu-tunggu oleh seluruh peminat bola sepak negeri kelantan akhirnya diperkenalkan ... semoga jersi baru ini dapat membantu pasukan untuk bermain dengan lebih bersemangat lagi pada musim ini...

Ambe tengok jersi smart dah, tambah tambah lagi jersi penjaga gol tu, hohoho .. walau apa apa pun , permainan tu kena terbaik, jersi x penting mano ... selamat maju jayo TRW ! Sek kito Belako !!! ★★★★


www.theweeklypay.com adalah scam ? Bantu saya cashout dari theweeklypay.com

$
0
0

Ok, nampaknya ramai jugak yang kelihatan berminat dengan sebuah laman web yang dikatakan boleh menjana wang secara online iaitu theweeklypay.com ... mungkin benar dan juga mungkin palsu...

Baik .. cuba anda buat sedikit kajian tentang web tersebut di laman google.com atau sebagainya .. apakah hasil daripan carian yang anda peroleh tentang web theweeklypay.com ini ? Bagi saya, ianya seperti sebuah web yang direka untuk scam mereka yang ghairah membuat duit di alam maya..

Sebenarnya, saya juga telah mencuba menyertai pengiklanan di laman web theweeklypay.com dan sudah melepasi syarat minimum untuk mengeluarkan duit yang terkumpul tersebut. Namun, apabila saya melakukan proses cashout tersebut, saya diminta untuk menjawab satu bancian berbayar @ membeli nada dering, jika saya tidak silap la..

Di sini saya ingin meminta bantuan kepada sesiapa yang rajin nak tolong cashoutkan duit saya tu, sila komen di bawah ruangan komen ini.. he heeee ..

Jika anda rasa yakin dengan web theweeklypay.com ini ... saya minta anda cuba yakinkan saya juga kerana saya sangat was was ... ho ho ..

Bukan mahu 'show off' | Tunjuk Gambar Perut | Baby Bump |

$
0
0
SUSULAN memuat naik gambar 'baby bump'nya di akaun Instagram sehingga mendapat pelbagai negatif reaksi masyarakat, isteri pelakon Ashraf Muslim, Wan Sakinah tampil menjernihkan keadaan.

Menerusi akaun Instagramnya, Wan Sakinah menafikan dirinya mahu “show off” atau menunjuk-nunjuk kepada masyarakat tentang kehamilannya itu.

Sebaliknya Wan Sakinah menjelaskan bahawa beliau hanya sekadar berkongsi rasa teruja dengan kehamilan pertamanya itu.

"Salam untuk sahabat, stalkers dan haters. Maaf pasal gambar yang menayangkan gambar perut saya itu. Terlalu teruja tengok perut boyot, itu yang membuatkan saya memuat naik gambar tersebut.

"Bukan niat untuk show off bagai. Saya tahu orang lain pun mengandung juga, tapi sebelum ini pantang naik perut sikit terus pergi gim, joging la dan sebagainya.

"Tapi sekarang rasa lain, apabila dah mengandung dan lihat perut membesar perasaan teruja sangat. Masa makan pun tak kira, asal lapar makan. Lagipun sebelum ini orang kata perut saya kecil, jadi bila hampir tujuh bulan dah besar dan dalam gambar lagi besar. Disebabkan itu saya muat naik," katanya.

Mengakui salah dalam hal ini, Wan Sakinah bagaimanapun memberitahu beliau tidak berniat untuk menyakiti hati sesiapa mengenai kehamilannya itu.

"Saya mengaku salah, tapi tak ada niat pun untuk sakitkan hati sesiapa. Apa pun, terima kasih atas teguran. Saya dah padam gambar itu.  

"InsyaAllah tak akan berlaku lagi memuat naik gambar bukan-bukan. Saya harap anda semua doakanlah kebahagian kami bertiga (Dayana, Ashraf & Sakinah). Doa anak yang bakal dilahirkn nanti jadi anak soleh dan solehah, yang sihat tubuh badan, cergas akal fikirannya," jelasnya lagi.

Untuk rekod, Wan Sakinah telah berkahwin dengan Ashraf di Thailand pada 7 Julai tahun lalu.

Jadual Pembayaran Gaji 2014 | Salary Scheldule 2014

Mengapa kereta Proton murah di luar negara ?

$
0
0
SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.
Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.

Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).

Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.

Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?


Harga Proton murah kerana perlu bersaing

Bagi mendapatkan jawapan mengenai isu harga Proton yang dikatakan lebih murah di negara luar berbanding Malaysia, Sinar Harian menghubungi salah seorang pakar industri automotif untuk mendapatkan penjelasan dan pandangan beliau mengenai hal tersebut.

Menurutnya, bagi syarikat pengeluar kenderaan termasuk Proton, apa yang penting adalah keuntungan keseluruhan, di mana kereta dijual di dalam Malaysia mahupun dieksport ke luar negara mestilah secara keseluruhannya memberi keuntungan.

“Apa yang saya tahu daripada Proton, apabila kereta Proton memasuki pasaran Australia buat pertama kali, mereka perlu bersaing kerana pasaran automotif di sana lebih kompetitif berbanding pasaran Malaysia.

“Begitu juga dengan harga kereta Proton di sana, tidaklah murah sangat cuma sedikit murah daripada harga di Malaysia. Ini kerana kalau dijual mahal di Australia, Proton mungkin menanggung risiko kekurangan pembeli," katanya yang enggan dikenali.

Menurut beliau, pada peringkat permulaan, apa yang penting adalah Proton perlu menembusi pasaran automotif di Australia serta meningkatkan kesedaran pengguna terhadap jenama Proton di negara itu, menyebabkan syarikat itu perlu menawarkan promosi terbaik termasuk harga jualan yang dilihat lebih rendah berbanding di Malaysia sendiri.


Tidak tahu sama ada Proton rugi atau untung

Walaupun kereta Proton dijual dengan harga murah di luar negara, tidak boleh dipastikan sama ada pengeluar kenderaan nasional itu memperoleh keuntungan atau mengalami kerugian.

"Kita tidak tahu mereka untung atau rugi kerana kita tidak tahu berapa kos pembuatan sebuah kereta. Kalau kosnya kurang daripada harga jualan (walaupun
murah), maknanya Proton boleh melihat model mana yang sesuai untuk memasuki pasaran yang telah disasarkan.

“Katakanlah penembusan pasaran kereta disasarkan sekitar RM40,000 di sesuatu negara, jadi Proton perlu tahu sama ada harga itu kompetitif atau tidak dan melihat kesedaran pengguna di negara tersebut mengenai jenamanya," katanya.

Menurut beliau, Proton sebelum ini diketahui mengeksport kereta keluarannya ke lebih 50 negara seluruh dunia tetapi di sesetengah negara itu, Proton cuma mampu menjual bilangan kereta yang sedikit.

"Jika hanya dapat jual sedikit kereta, macam mana hendak buat tawaran selepas jualan seperti perkhidmatan penyenggaraan? Ini juga tidak membantu dalam menjenamakan Proton di negara tersebut.

“Tetapi berbeza dengan pengurusan baru Proton, sekarang mereka hanya akan memasuki pasaran yang mereka rasa boleh menjual kenderaan dengan harga agak tinggi dan dengan harga tersebut, mereka juga dapat menyediakan perkhidmatan selepas jualan seperti servis kereta," katanya.

Bagaimana urus gaji bulanan dengan betul ?

$
0
0
NAMANYA dipanggil dan Adam cepat-cepat naik ke pentas untuk menerima skrolnya.

Ini adalah detik amat membanggakan bagi Adam dan keluarganya. Dia berjaya mendapat ijazah dengan kepujian dan juga tawaran pekerjaan tetap.

Kemudian, dalam jamuan sambutan yang diadakan, Adam memberanikan diri meminta wanita yang diminatinya, Aida, bergambar bersamanya dan bertukar nombor telefon.

Mereka berjanji untuk berhubung dari semasa ke semasa.

Adam memulakan kerjayanya di satu daripada lima firma perakaunan terbesar dan dia sangat sibuk dengan kerjanya.

Dia dibayar gaji permulaan RM2,500 sebulan dan dengan bekerja lebih masa serta tuntutan lain, dia mendapat gaji purata RM3,000 sebulan.

Kini, dia ada lebih banyak pendapatan yang boleh digunakan tetapi dia masih mempunyai komitmen lain yang perlu difikirkan.

Dia kemudian menyemak semula belanjawannya.

Adam meletakkan “Tabungan” sebagai item pertama di lajur “Perbelanjaan”.

Ini selaras dengan prinsip kita haruslah membayar kepada diri sendiri dahulu.

Adam meneruskan pelaburan amanah sahamnya, malah menambah tabungan kepada 10 peratus daripada gajinya.

Dia ada membaca beberapa buku perancangan kewangan yang menyatakan seseorang haruslah menabung sekurangkurangnya 10 peratus atau lebih daripada pendapatan mereka.

Malah, ada sesetengah perancang kewangan menyarankan kita menabung separuh daripada pendapatan.

Ini termasuk caruman wajib KWSP daripada majikan dan pekerja yang berjumlah 23 peratus untuk kebanyakan pekerja, bermakna kita perlu menabung jumlah selebihnya 27 peratus daripada pendapatan kasar kita!.

Ini pastinya permintaan agak mustahil bagi ramai orang, khususnya mereka yang mempunyai anak, tetapi pengorbanan sedemikian dapat menjamin masa persaraan yang selesa.

Perkara kedua pada senarai Adam adalah pembayaran semula pinjaman PTPTN.

Dia perlu membayar kira-kira RM150 sepanjang 180 bulan, pada kos pentadbiran satu peratus setahun.

Sebagai rakyat bertanggungjawab, sebaik menerima cek gaji pertamanya, Adam mula membayar balik pinjamannya tanpa menunggu surat tuntutan.

Dia fikir sekiranya dia melambatkan ataupun lebih teruk lagi, tidak mengendahkan pembayarannya, dia sedang merampas peluang pelajar lain yang sangat memerlukan dana itu malah menghadapi risiko disenaraihitamkan daripada memohon pinjaman di masa depan.

Disebabkan Adam tinggal bersama ibu bapanya, dia tidak perlu belanja sewa.

Jadi, dia memberi ibu bapanya RM250 setiap orang untuk menampung belanja makanan dan penginapannya.

Tindakan itu menguntungkan kedua-dua pihak kerana sambil membuat jasa kepada ibu bapanya, Adam dapat berjimat!

Adam memperuntuk RM500 untuk belanja makan di luar rumah, khususnya bagi makan tengah hari dan makan malam jika dia perlu kerja lewat.

Dia menganggarkan kos makanan ialah RM20 sehari bagi 25 hari kerja dalam sebulan.

Dia juga ketepikan RM500 untuk belanja pakaian dan hiburan kerana pastinya dia lebih sering keluar makan-makan atau keluar bersama rakan sekerjanya dan RM100 boleh dihabiskan sekali gus!

Adam juga ada niat membeli kereta tetapi ingin menabung lebih banyak wang agar dapat mengeluarkan bayaran pendahuluan lebih besar.

Buat masa ini, dia menggunakan pengangkutan awam atau menumpang rakan sekerja.

Seperti dahulu, dia mendapatkan Kad Perjalanan Bulanan, iaitu pas perjalanan bersepadu untuk bas awam dan LRT pada harga RM135 sebulan.

Dia membundarkan jumlah ini kepada RM200 untuk meliputi tambang teksi.

Dia juga ketepikan RM100 bagi bil telefon bimbit.

Selepas mengambil kira semua perbelanjaan yang dapat diramalkan, Adam gembira apabila mendapati dia masih mempunyai baki RM300 setiap bulan.

Semasa memikirkan cara untuk membelanjakan wang secara produktif, dia terbaca satu artikel dalam majalah kewangan peribadi yang menekankan keperluan setiap dewasa yang bekerja memiliki polisi insurans.

Jadi, dengan kira-kira RM250 sebulan, Adam membeli insurans bagi dirinya dan juga insurans perubatan disertakan kad perubatan.

Kad perubatan akan merangkumi kos rawatan hospital dan pembedahan sekiranya dia dimasukkan ke hospital. Walaupun mendapat perlindungan insurans daripada syarikatnya, Adam merasakan perlu mendapatkan perlindungan insurans sendiri sebagai sandaran keselamatan.

Dengan peruntukan ini, dia boleh menggunakan hampir keseluruhan pendapatannya secara produktif.

Semasa menjalankan tugasan auditnya, Adam terserempak dengan kenalan lamanya.

Tak lain tak bukan rakan universitinya - Aida! “Wah, alangkah kecilnya dunia ini, pertemuan indah yang tak disangka!” katanya kepada diri sendiri.

Aida adalah eksekutif kewangan di bank tempat Adam sedang menjalankan audit.

Mereka sudah lama tidak berjumpa atau hubungi satu sama lain sejak menamatkan pengajian di universiti dan kenangan manis terlintas di fikiran.

Adam menyemak nombor telefon yang disimpannya sejak kali terakhir mereka bertemu dan mendapati nombor Aida masih sama.

Aida meminta Adam membuat missed call kepada telefon bimbit barunya dan alangkah terkejutnya Adam melihat gambar mereka berdua semasa penyampaian ijazah dahulu terpapar di telefon Aida. Aida terasa malu dan tidak dapat ucapkan apa-apa.

Adam memberi senyuman manis dan berharap cinta ini akan terus mekar...(nantikan sambungannya minggu depan).

Facebook beli WhatsApp RM52 bilion

$
0
0
CALIFORNIA. Facebook telah membeli aplikasi WhatsApp dengan nilai RM52.71 bilion ($16 bilion).
Ia termasuk RM13 bilion ($4 bilion) tunai dan kira-kira RM39 bilion ($12 bilion) saham Facebook.

Perjanjian dibuat termasuk menyediakan tambahan ($3 bilion) di unit saham terhad sebagai jaminan kepada pengasas dan kakitangan WhatsApp yang akan diberikan tempoh lebih empat tahun untuk penutupan, kata Facebook dalam satu kenyataan medianya.

WhatsApp telah menguasai perkhidmatan pesanan mobil dengan lebih 450 juta penggunaan setiap bulan.

Pengambilalihan ini berkongsi misi untuk membawa lebih sambungan dan utiliti kepada dunia dengan menyampaikan perkhidmatan internet teras dengan cekap dan mampu milik.

"WhatsApp dalam rangka untuk menyambungkan 1 bilion orang. Perkhidmatan yang mencapai kejayaan yang sangat berharga.

"Saya telah mengenali Jan (Jan Koum) sejak dulu dan saya teruja untuk bekerjasama dengan beliau serta pasukannya bagi membuka dunia lebih luas," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Pengasas WhatsApp, Jan Koum berkata, pihaknya juga berbesar hati dapat bekerjasama dengan Mark dan Facebook.

Kelebihan bersuami boroi, gemuk

$
0
0
BOROI. Malangnya perkataan itu, ia jadi musuh hampir semua orang.

Bagi lelaki, mereka sanggup buat apa sahaja untuk memastikan diri tidak termasuk dalam golongan yang malang itu terutama apabila usia menjangkau 40-an.

Namun dalam berusaha, hanya sedikit yang berjaya. Ini berkait dengan banyak sebab, pemakanan, gaya hidup juga soal istiqamah dalam bersenam.

Bagi wanita pula, mereka seboleh mungkin tidak mahu pasangan boroi kerana hakikatnya, sesiapa yang boroi akan dipandang hodoh seperti kuih yang tidak ikut bentuk acuan.

Namun dalam berdepan dengan isu boroi, kita kadang kala diperdengarkan dengan kenyataan-kenyataan yang membawa maksud bahawa lelaki boroi juga punya kelebihan.

Ini termasuk pengakuan oleh wanita sendiri yang saya dapati melalui tinjauan media sosial menyebut bahawa lelaki boroi itu seksi. Benarkah?

Saya kira ini mungkin sekadar alasan untuk menyedapkan hati kerana secara relatif, bagaimana boroi mahu dianggap seksi. Apakah kuih yang jadinya tidak mengikut bentuk acuan semestinya sedap?

Ya, saya sendiri termasuk dalam kategori boroi. Dan untuk menyedapkan hati sendiri, sejak berkahwin, saya sering mengatakan kepada sesiapa sahaja yang membangkitkan isu keboroian saya bahawa hanya jauhari yang mengenal manikam. Kononnya, hanya wanita yang bersuamikan lelaki boroi sahaja tahu kelebihan kami.

Kadang kala saya membuat perbandingan bahawa kami yang boroi ini seumpama minyak masak Seri Murni yang melalui proses pemeringkatan dua kali untuk mendapat kualiti  terbaik.

Sesiapa yang tidak fahami  metafora ini, cuba-cuba fikir sendiri untuk mendapatkan jawapannya!

Baru-baru ini saya ditemukan dengan satu lagi kenyataan bahawa lelaki boroi dikatakan lebih penyayang, berfikiran jauh (mungkin sebab hujung perutnya lebih jauh dari otak) dan satu lagi, seksi.

Itu berkaitan dengan boroi.

Dalam kes gemuk atau berat badan berlebihan, satu soal selidik di Jerman mendapati lelaki yang termasuk dalam kategori itu lebih setia dalam percintaan berbanding mereka yang mempunyai berat badan ideal ataupun kurus.

Sekumpulan lelaki berusia antara 31 hingga 69 tahun ditanya mengenai tahap kesetiaan mereka dalam hubungan cinta termasuk yang sudah berkahwin.

Hasilnya mendapati daripada 53 peratus yang memberikan jawapan, hanya 11 peratus yang mengaku benar-benar setia dan mereka terdiri daripada lelaki-lelaki gemuk.

23 peratus lagi yang dikenal pasti mempunyai berat badan ideal, mengaku curang. Demikian juga 19 peratus mereka yang dikategorikan sebagai kurus.

Apa pun, saya tidak jamin ini juga cerminan bagi orang kita.

Namun harus jadi ingatan bahawa setiap apa yang padanya ada kelebihan, pasti ada kekurangan dan setiap yang dianggap kurang, pasti ada kelebihan. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, dan bagaimana seadanya kita.

Kepada mereka yang termasuk kategori gemuk atau boroi, usahlah lagi bergundah gulana. Jangan dibenci, apa lagi dikeji 'tembikai masak' anda kerana di situlah tersimpan rahsia kelebihan diri anda yang tidak banyak diketahui orang.

Uar-uarkanlah bahawa anda bukanlah kuih yang jadinya tidak mengikut acuan kerana bahulu yang rupanya cantik molek bukan semestinya sedap!

Kepada isteri-isteri yang suaminya boroi atau gemuk, anggaplah diri anda bertuah kerana zaman sekarang, ramai suami yang tidak setia. Yakinlah selagi mana perut suami anda boroi dan badannya juga gemuk, itulah tanda dia setia.

Lazimnya, jarang ada wanita muda yang mahu lelaki seperti itu melainkan jika dompetnya juga benar-benar boroi dan gemuk!

ambe dok sabor wase nok balik ganu

$
0
0
isnin ... selasa ... rabu ... khamis ... jumaat ... 
balik kampung la pulok ... hohooo

Pancing Ikan Senangin Di I-City Kampung Cina Terengganu

$
0
0

alhamdulillah ... hasil membangau pada malam ini dapat la ikan senangin .. guna umpan anak udang hidup ... naseb je la dapat ni .. ho ho

lokasi di i city kg cina kuala terengganu ... kaki pancing moh try nasib kat sini .. haha

Krisis Terengganu : Ahmad Said keluar Umno

$
0
0
Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan anggota Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib mengisytiharkan keluar daripada Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Ahmad yang juga Adun Kijal dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama awal pagi ini berkata: "Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Beliau dan Ghazali juga mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat bebas masing-masing bagi kawasan Kijal dan Ajil.

Kedua-dua surat itu dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan salinan kepada speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Semalam Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Menteri Besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah memegang jawatan di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini malam tadi.

Ahmad pertama kali dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lalu selepas pilihan raya umum ke-13.

Beliau mengumumkan meletak jawatan sebagai menteri besar pagi semalam selepas berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan perkembangan terbaharu ini, Barisan Nasional kini menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu, PAS memiliki 14 kerusi, PKR (1) dan Bebas (2). - Bernama

Krisis Terengganu : Adun Kemasik nafi keluar Umno

$
0
0
Seorang wakil rakyat BN Terengganu hari ini menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada Umno dan mengisytiharkan dirinya sebagai wakil Bebas seperti tiga lagi wakil rakyat daripada parti itu yang berbuat demikian.

Adun Kemasik, Ir Rosli Othman memberitahu Bernama melalui telefon, beliau masih bersama Umno bertentangan dengan mesej yang tersebar melalui SMS selepas tiga wakil rakyat mengisytiharkan mereka keluar parti.

Antara mesej yang tersebar melalui SMS itu menyebut bahawa Rosli ialah seorang daripada tiga wakil rakyat BN dari Umno yang keluar daripada parti itu dan menyertai tiga yang lain bagi mengisytiharkan mereka sebagai wakil Bebas.

Terdahulu, bekas Menteri Besar Terengganu dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi, Roslee Daud mengisytiharkan awal hari ini keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Ini berikutan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar semalam dan majlis mengangkat sumpah jawatan Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman sebagai menteri besar yang baharu malam tadi.

Dengan pergolakan itu, BN kini mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pas (14), PKR (satu) dan tiga wakil Bebas. - Bernama

Krisis Terengganu : Mohd Jidin: Adun ke-3 nafi keluar parti

$
0
0
Seorang lagi wakil rakyat BN dari Umno menafikan khabar angin bahawa beliau akan keluar daripada parti itu dan menjadi wakil Bebas seperti tiga lagi wakil rakyat Umno.


Adun Permaisuri yang juga Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee berkata, dalam mesej melalui SMS kepada Bernama bahawa beliau tetap bersama Umno.

Terdahulu, Adun Kemasik, Ir Rosli Othman yang juga Exco Kerja Raya dan Pengangkutan Negeri menafikan beliau akan keluar daripada Umno dan menjadi wakil bebas.

Penafian sama turut dibuat Adun Hulu Besut, Nawi Mohamad.

Khabar angin tersebar di negeri ini selepas bekas Menteri Besar Terengganu dan Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan dua wakil BN dari Umno - Ghazali Taib (Ajil) dan Roslee Daud (Bukit Besi)mengumumkan mereka keluar daripada parti itu untuk menjadi wakil Bebas.

Dengan perkembangan terbaharu politik itu, wakil BN di Dun Terengganu berkurangan daripada 17 kepada 14.

Pas mempunyai 14 wakil rakyat di Dun dan PKR, satu.

Selepas Ahmad meletak jawatan semalam, Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baharu malam tadi. - Bernama

Viewing all 299 articles
Browse latest View live